Wednesday, 27 June 2012

Backgrounds

Hohooooohoi... Apa khabar anda semua. Hari ni takde topik apa2 untuk dibincangkan, jadi hari ni saya cuma buat entri tentang background je lah ye. Kalau nak teruskan baca tengok, teruskan. Kalau taknak teruskan, sila tekan butang X yang bila kita hover warna merah tu. Saya tak kata dia warna merah sebab kat google chrome saya ni dia warna kuning. Tak caye? Ni buktinya.


Haaaaaaaaaa... Dah caye dah? Ok, kita sambung topik kita pada hari ini. Tengok gambar kat bawah ni.


Ni yang gambar Naruto background desktop.


Yang ni pulak background untuk Google Chrome. Haha. Desktop ngan Google Chrome Naruto. Saya bukan obses dengan Naruto kay. Background2 ni yang tetapkan kakak saya. Saya tak tukar sebab saya takde idea nak tukar gambar apa. Tapi, gambar Naruto tu cantik apa. Takdelah nampak gedik sangat. Kan kan kan. Kat bawah ni Mozilla Firefox. Biasa je. Mana boleh nak tukar kan.


Bawah ni pulak Internet Explorer.


Hahaha. Biasa je kan. Tujuan saya letak gambar dua tu adalah hanya untuk memanjangkan entri je. Haaaahahahahaha...Haaaahahahahaha... {gelak jahat}. Ok, tengok bawah ni pulak.


Ni pulak gambar loading masa nak masukkan gambar background desktop tu. Saya saja je snip sebab takde keje. Tunggu dia loading lembab sangat. Yang lain loading cepat je. Ok, tengok bawah ni.


Hahahahaha. Cuba teka bila saya snip benda ni. Haa... lagi satu, saya nak tunjukkan naga yang saya design.


Hohoho. Comel tak. Nak design gak? Tekan SINI atau kalau nak terus ke game naga ni, tekan SINI. Dah main bagitau saya kay.
Kalau korang nak tahu, semua gambar ni saya snip guna Snipping Tool. Then, dah snip, save je lah. Korang ada ke tak benda Snipping Tool ni. Kalau ada, korang boleh buat macam saya, snip sana-sini. Kalau takde, saya tak dapat nak bantu. Sebab Snipping Tool ni memang dah sedia ada kat komputer saya ni. Saya tak tahu lah kalau boleh download. Korang try lah cari. Saya malas la nak cari. Hehehe...


Ni logo Snipping Tool kat taskbar komputer saya ni. Kalau korang ada gak benda cam ni, apa lagi , mari kita snip sama-sama. Tapi, benda ni takde kat taskbar, saya yang letak sendiri kat taskbar. Ok lah, say nak kena chow dulu, bye......

Saturday, 23 June 2012

Euro 2012

Yaaaaay... German dapat masuk separuh akhir. Teruk Greece kena belasah ngan German. Bagi korang yang tak tahu keputusan dia, biar saya bagitau. German 4-2 Greece. Kepada penyokong Greece, jangan boikot saya ye... Skang ni, Portugal ngan German dah menempah nama pada separuh akhir. Untuk perlawanan pagi esok ( waktu pukul 2 pagi tu.. ), Spain lwn France. Saya rasa lah kan, saya rasa only, tak semestinya betul... Ok, kita sambung ayat tadi. Saya rasa Spain yang akan menang. Kenapa? Sebab Spain tu terer tau. And kalau korang nak tahu, penyokong Spain ramai tau. Bukan yang lain tak ramai, tapi bila saya bukak blog2 orang lain, saya tengok diorang sokong Spain. Agaknya blogger ramai yang minat Spain. Kakak saya antara penyokong Spain. Saya pun tak tahu kenapa dia sokong Spain. And saya pun tak tahu nape saya sokong Gemany. K, untuk hari esok punya esok pulak, England lwn Italy. Yang ni, no comment. Saya tak dapat agak sape yang akan menang. Sebab, saya pun tak tahu sebab apa, tapi mmg saya tak leh agak. So, kita tunggu je la keputusan perlawanan tu... Haa, lagi satu benda yang saya rasa korang dah tahu ( tapi mungkin ada di antara korang yang tak perasan ), kedua-dua tuan rumah Poland ngan Ukraine dah kalah. Kan kan kan.
K lah, bye...

notamatematik : Petang ni pukul 6.30 ada cite Power Rangers Samurai kat TV2. Best... Fyi, saya ni memang suka tengok cite Power Rangers. Tapi malangnya, saya dah tak ingat Power Rangers apa yang saya dah tengok. Kalau saya ingat, mesti saya tulis kat sini.. Wow, dah jauh dah saya lari dari tajuk, dari Euro ke Power Rangers. Hahaha..

Sunday, 17 June 2012

Durian



Yummy.... Tadi saya baru makan durian. Sedap ooooo.... Mungkin ada sebahagian dari korang ni tak suka makan durian. Tapi, janganlah cakap bau durian tu busuk. Sebab bau durian tu scrumptious.
Anyway, ni saya nak cite satu kejadian.
    Tadi, masa kakak saya keluarkan durian dari peti sejuk ( mak saya dah siap kopek and letak dalam bekas and masukkan dalam peti sejuk ), saya dan adik tengah makan. Tapi, tu bukan apa yang saya nak cite. Ceritanya bermula sekarang. Lepas saya basuh pinggan saya dan adik, kakak saya pun bukak la penutup tupperware berjenama Tupperware tu. Bila bukak je, kitorang discover something kat atas seulas durian. Nak tahu apa yang kitorang discover, teruskan membaca episod akan datang.

    Kitorang nampak ada tiga ekor semut mati kat atas seulas durian. Nasib baik satu je, kalau semua durian kena, habis takleh makan durian. Huhuhu... Pastu ibu suruh kitorabg buang durian yang kena semut tu. Sian giler nak buang, dahlah durian tu besar. Rugi je. Bengek punye semut. Nyebok je nak menumpang atas durian. Lepas kitorang buang durian bersemut tu, kitorang pun makanlah durian yang lain-lain sambil tengok bola sepak Malaysia lwn Qatar kat Astro Arena. Tapi sebenarnya kitorang tak tengok sangat pun bola tu, kitorang khusyuk makan durian sambil cakap-cakap. And kitorang tak sedar pun bila Malaysia mernjaringkan gol yang menjadikan Malaysia 1 - 0 Qatar. Hehehe... :P

Tu lah cerita nya... Ok, bye.....

Initeorisaya : Semut tu masuk sebelum ibu masukkan durian tu kat dalam peti sejuk. Then, bila masuk peti sejuk yang bersuhu 5 darjah selsius, dia pun mati beku. Almaklumlah, semut kan kecik, darah pun sikit, so cepatlah dia mati. Teori ni sebenarnya saya dan kakak saya yang buat, bukan saya buat sorang-sorang...