Wednesday 27 June 2012

Backgrounds

Hohooooohoi... Apa khabar anda semua. Hari ni takde topik apa2 untuk dibincangkan, jadi hari ni saya cuma buat entri tentang background je lah ye. Kalau nak teruskan baca tengok, teruskan. Kalau taknak teruskan, sila tekan butang X yang bila kita hover warna merah tu. Saya tak kata dia warna merah sebab kat google chrome saya ni dia warna kuning. Tak caye? Ni buktinya.


Haaaaaaaaaa... Dah caye dah? Ok, kita sambung topik kita pada hari ini. Tengok gambar kat bawah ni.


Ni yang gambar Naruto background desktop.


Yang ni pulak background untuk Google Chrome. Haha. Desktop ngan Google Chrome Naruto. Saya bukan obses dengan Naruto kay. Background2 ni yang tetapkan kakak saya. Saya tak tukar sebab saya takde idea nak tukar gambar apa. Tapi, gambar Naruto tu cantik apa. Takdelah nampak gedik sangat. Kan kan kan. Kat bawah ni Mozilla Firefox. Biasa je. Mana boleh nak tukar kan.


Bawah ni pulak Internet Explorer.


Hahaha. Biasa je kan. Tujuan saya letak gambar dua tu adalah hanya untuk memanjangkan entri je. Haaaahahahahaha...Haaaahahahahaha... {gelak jahat}. Ok, tengok bawah ni pulak.


Ni pulak gambar loading masa nak masukkan gambar background desktop tu. Saya saja je snip sebab takde keje. Tunggu dia loading lembab sangat. Yang lain loading cepat je. Ok, tengok bawah ni.


Hahahahaha. Cuba teka bila saya snip benda ni. Haa... lagi satu, saya nak tunjukkan naga yang saya design.


Hohoho. Comel tak. Nak design gak? Tekan SINI atau kalau nak terus ke game naga ni, tekan SINI. Dah main bagitau saya kay.
Kalau korang nak tahu, semua gambar ni saya snip guna Snipping Tool. Then, dah snip, save je lah. Korang ada ke tak benda Snipping Tool ni. Kalau ada, korang boleh buat macam saya, snip sana-sini. Kalau takde, saya tak dapat nak bantu. Sebab Snipping Tool ni memang dah sedia ada kat komputer saya ni. Saya tak tahu lah kalau boleh download. Korang try lah cari. Saya malas la nak cari. Hehehe...


Ni logo Snipping Tool kat taskbar komputer saya ni. Kalau korang ada gak benda cam ni, apa lagi , mari kita snip sama-sama. Tapi, benda ni takde kat taskbar, saya yang letak sendiri kat taskbar. Ok lah, say nak kena chow dulu, bye......

Saturday 23 June 2012

Euro 2012

Yaaaaay... German dapat masuk separuh akhir. Teruk Greece kena belasah ngan German. Bagi korang yang tak tahu keputusan dia, biar saya bagitau. German 4-2 Greece. Kepada penyokong Greece, jangan boikot saya ye... Skang ni, Portugal ngan German dah menempah nama pada separuh akhir. Untuk perlawanan pagi esok ( waktu pukul 2 pagi tu.. ), Spain lwn France. Saya rasa lah kan, saya rasa only, tak semestinya betul... Ok, kita sambung ayat tadi. Saya rasa Spain yang akan menang. Kenapa? Sebab Spain tu terer tau. And kalau korang nak tahu, penyokong Spain ramai tau. Bukan yang lain tak ramai, tapi bila saya bukak blog2 orang lain, saya tengok diorang sokong Spain. Agaknya blogger ramai yang minat Spain. Kakak saya antara penyokong Spain. Saya pun tak tahu kenapa dia sokong Spain. And saya pun tak tahu nape saya sokong Gemany. K, untuk hari esok punya esok pulak, England lwn Italy. Yang ni, no comment. Saya tak dapat agak sape yang akan menang. Sebab, saya pun tak tahu sebab apa, tapi mmg saya tak leh agak. So, kita tunggu je la keputusan perlawanan tu... Haa, lagi satu benda yang saya rasa korang dah tahu ( tapi mungkin ada di antara korang yang tak perasan ), kedua-dua tuan rumah Poland ngan Ukraine dah kalah. Kan kan kan.
K lah, bye...

notamatematik : Petang ni pukul 6.30 ada cite Power Rangers Samurai kat TV2. Best... Fyi, saya ni memang suka tengok cite Power Rangers. Tapi malangnya, saya dah tak ingat Power Rangers apa yang saya dah tengok. Kalau saya ingat, mesti saya tulis kat sini.. Wow, dah jauh dah saya lari dari tajuk, dari Euro ke Power Rangers. Hahaha..

Sunday 17 June 2012

Durian



Yummy.... Tadi saya baru makan durian. Sedap ooooo.... Mungkin ada sebahagian dari korang ni tak suka makan durian. Tapi, janganlah cakap bau durian tu busuk. Sebab bau durian tu scrumptious.
Anyway, ni saya nak cite satu kejadian.
    Tadi, masa kakak saya keluarkan durian dari peti sejuk ( mak saya dah siap kopek and letak dalam bekas and masukkan dalam peti sejuk ), saya dan adik tengah makan. Tapi, tu bukan apa yang saya nak cite. Ceritanya bermula sekarang. Lepas saya basuh pinggan saya dan adik, kakak saya pun bukak la penutup tupperware berjenama Tupperware tu. Bila bukak je, kitorang discover something kat atas seulas durian. Nak tahu apa yang kitorang discover, teruskan membaca episod akan datang.

    Kitorang nampak ada tiga ekor semut mati kat atas seulas durian. Nasib baik satu je, kalau semua durian kena, habis takleh makan durian. Huhuhu... Pastu ibu suruh kitorabg buang durian yang kena semut tu. Sian giler nak buang, dahlah durian tu besar. Rugi je. Bengek punye semut. Nyebok je nak menumpang atas durian. Lepas kitorang buang durian bersemut tu, kitorang pun makanlah durian yang lain-lain sambil tengok bola sepak Malaysia lwn Qatar kat Astro Arena. Tapi sebenarnya kitorang tak tengok sangat pun bola tu, kitorang khusyuk makan durian sambil cakap-cakap. And kitorang tak sedar pun bila Malaysia mernjaringkan gol yang menjadikan Malaysia 1 - 0 Qatar. Hehehe... :P

Tu lah cerita nya... Ok, bye.....

Initeorisaya : Semut tu masuk sebelum ibu masukkan durian tu kat dalam peti sejuk. Then, bila masuk peti sejuk yang bersuhu 5 darjah selsius, dia pun mati beku. Almaklumlah, semut kan kecik, darah pun sikit, so cepatlah dia mati. Teori ni sebenarnya saya dan kakak saya yang buat, bukan saya buat sorang-sorang...

Saturday 16 June 2012

A Cartoon I'm Watching

Hai, apa khabar semua...
Sekarang ni saya tengah tulis blog sambil tengok satu kartun ni. Tajuk dia THUNDERCATS. Kartun ni best. Mak saya kata, cerita ni dah lama dah... Tapi, yang dulu watak dia rupa lain. Sekarang dah lain...
Haaaa.... Ni lah gambar dia yang saya dapat dari Google Images. Ada banyak lagi... Nak tengok, bukak Google Images dan search thundercats 2011. Jangan tulis thundercats je, nanti dia kuar yang lama. Saya boleh je link kan, tapi saya tak nak sebab saya nak korang senam-senamkan jari tekan keyboard dan gerakkan mouse. Lagipun yang Google Images tu saya dah linkkan, jadi senang lah sikit kerja korang.
Korang yang dah tengok mesti tahu watak2 dia kan. Tapi, bagi sesapa yang tak tengok, mungkin tak tahu mungkin tahu. Saya tak kisah korang nak tahu ke tak, saya tetap nak kenalkan satu-satu.


Ni watak paling utama dia, Lion-o. Dia ni raja menggantikan ayah dia yang dah mati dibunuh oleh Mumm-Ra.


Ni kawan Lion-o. Nama dia Tygra. Dia ni dulu selalu gaduh ngan lion-o sebab dia nak jadi raja. Tapi, bila lion-o dah jadi raja, diorang / diekor dah tak gaduh.


Ni sekor lagi kawan lion-o. Tengok gaya dia lawan. Hebat oooo... Nama dia Cheetara. Dia ni kuat tau. Dia ahli kumpulan apa entah ( saya tak ingat nama kumpulan dia ). Tapi, lepas ketua kumpulan to mati, Cheetara ni dia ikut Lion-o dan Tygra.

Ok, tu je la watak utama dia setakat episod yang saya tengok. Saya bagitau plot cerita ni okay... Tapi, dalam bahasa inggeris la sebab saya copy paste je. Malas la nak translate satu satu.

Plot:
For generations, the Thunderians have lived and thrived in the kingdom of Thundera. However, one night the kingdom is attacked by the Lizard army led by the evil sorcerer Mumm-Ra and Grune the Destroyer. After Thundera is destroyed, a small band of surviving Thunderians led by the young heir to the throne Lion-O (who wields the powerful Sword of Omens) flees in order to seek out the Book of Omens, which is said to have the knowledge needed to defeat Mumm-Ra. Even when they find it, they must keep the Book of Omens from falling into the wrong hands and find a way to defeat Mumm-Ra once and for all. The Thundercats discover that they have to find three stones of power before Mumm-Ra does. A fourth stone of power is revealed by the book near the end of the first season to be the Eye of Thundera itself, which is embedded in the Sword of Omens.


Dah baca. Faham ke tak? Kalau faham bagus, kalau tak faham faham-fahamkan lah... Okay lah, see you later. Bye......
Saya tengok cerita Thundercats ni kat TV3. Hari Sabtu, pukul 7 malam. Cerita ni lepas Kekasihku Seru and sebelum Saladin.

Wednesday 13 June 2012

Fancy Clocks

Hai...
Tadi, masa saya tengah cari gambar untuk buat front page NIE, saya ada terjumpa beberapa gambar jam yg unik2 belaka. Kat bawah ni ada beberapa gambar yang saya save...











Tu je lah yang saya boleh upload... K, sekarang biar saya perkenalkan jam2 ni.
Yg first tu jam yang berupa mcm kayu. Saya bagi nama dia Kayu1.
Yg bawah dia pun jam rupa kayu. Nama dia Kayu2.
Yg bawah lagi tu jenis jam moden yang saya tak pernah nampak. Nama dia Kotak-kotak.
Bawah daripada tu jam yang berupa mata. Bagus kalau letak kat rumah. Nanti kalau pencuri masuk, dia nampak jam tu terus pengsan. Nama jam tu Mata.
Jam yang kedua terakhir tu jam rama-rama. Nama dia Rama-rama.
Yang akhir sekali jam roti bakar... Nama yang diberi Toast.
Unik kan jam2 tu semua. Mesti korang terfikir nape saya letak nama utk jam ni semua. Sebenarnya, nama tu adalah nama yang saya guna untuk saya save semua gambar tu.
Ok, tadi masa awal-awal tu kan saya ada cakap pasal NIE... Nanti bila2 saya upload gambar front page yang saya reka tu ekk...
K lah, saya nak berhenti menulis dulu. Bye......
Notamatematik : Korang tahu ke NIE tu apekebendenya, kalau tahu bagus... Kalau tak tahu biar saya bagitau. NIE ialah singkatan bagi perkataan Newspaper In Education. Mesti korang paham kan maksudnya...

Monday 11 June 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah....

Hai hai hai.
Hello hello hello.
Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim2 lah berita, jangan senyap sahaja.
Cewaaaah, siap nyanyi-nyanyi lagi kan. Dah lama jugak kan tak update blog nih.. Sebenarnya sekarang ni ada perasaan malas yang menggunung setinggi gunung Everest yang tingginya saya tak berapa pasti. ( Korang tekan kat Everest tuh dan korang carilah sendiri. Saya malas nak baca satu - satu ). Tapi, sian pulak blog ni dah lama tak ber'update' kan. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya ni nak tengok youtube.
Mesti korang terfikir nape saya update blog ni pagi2, bukan petang2 @ malam2 macam orang lain. Sebabnya saya sekolah sesi petang. Lepas balik sekolah tu ada lah masa sikit, tapi rasanya tak sempat kalau saya nak update blog ni sebab adik saya akan guna komputer sebaik saja dia balik sekolah petang. Waktu malam pulak saya takde masa nak update blog ni. Saya nak layan tengok tv. Hehehe :D
Ok, sekarang saya dah lari jauh dari tajuk..
Siapa yang suka sekolah, ckp saya suka sekolah.. Sape yg suka cuti, ckp saya suka cuti...
Tapi, cakap tu dlm hati je tau... Nanti, keluarga korang dengar diorang ingat korang gila pulak kan. Cakap sorang2 kat depan computer.
Kalau ada yang berlaku camtu, jangan salahkan saya ye.. Saya dah bagi warning. Dan saya tak akan sesekali bertanggungjawab kalau korang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan mental bagi menentukan korang masih waras atau tak
notamatematik : Btw, korang tahu kan yang EURO 2012 dah mula sejak hari Jumaat pukul 12 malam tu... Korang sokong pasukan mana?
notamatematik2 : Kalau korang guna Google Chrome, cuba translatekan entri ni jadi Bahasa Inggeris...  Lawak gilerrr dia punya ayat... Cuba lah translatekan then baca entri yang dah ditranslate...  : )

Saturday 26 May 2012

A Trip To Langkawi

Hai, dah lama jugak saya tak update blog ni... First of all, saya ingin mengucapkan
HAPPY HOLIDAY
kepada anda semua yang sudi menjenguk blog saya ni.
Sebenarnya hari ni saya akan ke Langkawi. Saya dapat rasakan yang korang tengah fikir camni "hek eleh, Langkawi je pun". Saya excited sbb saya dah lama tak pergi holiday ni.
Anyway, harini saya saya akan naik flight AirAsia. Hohoho bestnya. Saya sekarang still kat rumah. Saya akan ke airport pukul 11.45 nanti. Flight berlepas pukul 13.55. So sekarang saya ada masa lagi. Nanti kat Langkawi saya tak tahu duduk hotel apa. Bila saya tanya adik ( maklumlah, adik saya tu manja semua nak dia je in charge ),dia kata pergi hotel helang. But saya sebenarnya tak kisah sangat asalkan hotel tu cantik.
K lah, dah tak tahu nak tulis apa. Bye.

notamatematik : nak ke facebook pulak, mesti ramai kwn2 yg dpt MRSM ngan asrama penuh dah balik.

Thursday 10 May 2012

An Accident

Korang baca tajuk ni mesti korang fikir saya accident kan.
Sebenarnya, yg accidentnya bukan saya tapi seekor kucing hutan.
Ceritanya mcm ni, tadi masa saya ikut ibu hantar kakak gi sekolah, ada seekor kucing terlantar kat tgh2 1 laluan jln raya.
Jln raya kan ada 2 laluan, kucing tu ada kat laluan yg dekat ngan penghadang.
Sebelah penghadang tu laluan ke arah bertentangan.
Lps hntr kakak, saya dan ibu pun lalu jln tu sbb mmg tu je jln senang untuk ke rumah kami.
Kitorang nampak kucing tu.
Kucing tu bintik2. Bintik dia mcm harimau bintang. Kalau korang tekan nama harimau bintang tu keluar maklumat tentang harimau bintang atau leopard bahasa inggerisnya.
Saya saja bagitau bahasa inggeris harimau bintang tu leopard, sbb ada yg x tahu.
Bila korang tekan harimau bintang tu, keluar tentang leopard.
Saya mls nak tukar bahasa melayu, so klau korang nak baca bahasa melayu tukar lah sendiri.
Bukan susah pun.
K, sekarang saya dah mula merepek sedangkan saya dah lama x mkn kerepek.
Tapi kucing hutan tu kecik, jadi saya rasa tu leopard cat kot, bahasa melayu bagi leopard cat saya x tahu. Jadi, kepada sesapa yg tahu jgn lah kedekut ilmu.
Klau korang nak cari maklumat tentang leopard cat ni, korang cari la sendiri.
Saya mmg nak linkkan, tapi masalah nya nak tunggu dia loading tu lembap.
K, ni gmbr leopard cat yg saya dpt dari google images.
K lah. Kita jumpa lagi di lain entri. Bye...

Sunday 6 May 2012

Nape korang lebih suka jadi PATI dari PADI???

Kepada sesapa yang terasa bila baca tajuk entri ni sila jangan baca yeee...
Sebenarnya, korang tahu tak apa maksud PATI dan PADI tu..
Saya rasa tak perlulah saya bagitau apa maksudnya sebab korang mesti dah tahu kan. Korang yang baca ni semuanya clever - clever kan.
K, nak senangkan cerita biar saya bagitau apa maksud saya... Kalau korang just bukak, that's means korang PATI ( dalam blog ni je, kat luar tak la ). But, kalau korang follow, korang dengan rasminya akan mnjadi PADI. PADI yang dimaksudkan bukan padi yang buat beras tu eehh... Tapi kan, saya sedar satu benda yang menyebabkan korang taknak follow saya. Yelah, saya ni baru je masuk dalam dunia blog nih.. Blog saya ni pun bukan cantik sangat pada mata korang yang tak sukakan warna purple. Blog ni serba biru-purple kan. Saya baru je tukar design ni sbb yang dulu cam baby2 la... Biru cair, gmbr awan, and serba macam baby lah.. And, thanks to my sister sbb tolong design kan sekali blog ni. Yg header blog ni dia yang tolong buatkan...
K, sekarang saya dah mula merepek pasal design blog pulak kan... K lah, bye....

Friday 4 May 2012

A movie

Hai semua.. Kita jumpa lagi.
Hari ini kita akan berbincang mengenai sebuah movie yang terkenal. Tajuknya ialah...


Tengok gambar kat atas ni... Kalau korang tak tahu baik korang bukak tv sekarang. Kalau korang beruntung dapatlah tengok iklan cerita ni... Sebenarnya saya teringin sesangat nak tengok movie ni. Tu yang saya post kat sini. 1st time tengok iklan cerita ni terus berminat nak tengok.. Kat cerita ni ada Ironman, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hawkeye. Watak jahat dia Loki. Loki tu abang Thor. Loki ni nak musnahkan bangsa manusia. Teruk kan.. Kan kan kan... Mesti korang tertanya-tanya kat mana saya dapat maklumat ni. Yelah, saya kan tak pernah tengok movie ni. Tetiba je tahu sape jahat dia dan apa dia buat.. Sumber maklumat saya adalah www.wikipedia.org. Korang bukak URL tu, pastu tulis tajuk dan tekan search. Tunggu dia loading buat sementara waktu dan tadaaa... Dah jumpa kan. Korang bacalah maklumat berjela-jela yang ada kat situ..
Kalau korang nak tahu, cerita ni sedang ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain..
K lah.. Got to go... Bye

Tuesday 1 May 2012

Edit Blog

Pada asalnya, saya nak edit blog 100%. Tapi, dah takde apa2 nak edit. Blog ni dah cukup cantik dah. Kan kan kan.. Bagi anda yang rasa blog saya tak cantik, baik anda pergi klinik check mata tu. Manalah tahu, dah rabun sampai tak nampak kecantikkan blog saya ni... Kalau doktor kata mata korang elok, maknanya korang jeles sebab blog saya ni cantik sangat. Sorilah kalau ada yang terasa. Ni cuma gurauan semata-mata. Cuma kasar je. Kalau korang menyampah baca blog ni, dipersilakan tekan butang X kat atas tu ye... Kalau tak tahu butang X tu yang mana tengok contoh bawah ni... Yang anak panah biru tu tunjuk.. Nampak tak??


Ni kalau kat Google Chrome kalau kat Internet Explorer cam kat bawah ni...



Klau Mozilla Firefox pulak cam ni...



Haaa.. Dah tahu kan. So untuk sesiapa yg dah menyampah sila tekan butang X tu ye..
Kepada sesapa yang akan tekan, saya ucapkan Bye dan I will not miss you...
Kepada sesapa yang nak promosikan blog anda, silalah follow saya ye...
Tapi, just for your information, saya bukan jenis yang "I follow you, you follow me". So kalau nak follow tu biarlah seikhlas hati ye... Sebenarnya, sebelum ni saya ada post beberapa post tapi saya decide buang posts tu dan tulis post yang baru. Korang yang pernah bukak blog ni sebelum ni of course tahu apa yang saya tulis sebelum ni..
Aaaaaaaaahhhh!!! Apalah say merepek ni, banyak sgt perkataan post dalam 1 ayat...
K lah. See you di lain post. Bye