Monday 11 June 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah....

Hai hai hai.
Hello hello hello.
Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, kirim2 lah berita, jangan senyap sahaja.
Cewaaaah, siap nyanyi-nyanyi lagi kan. Dah lama jugak kan tak update blog nih.. Sebenarnya sekarang ni ada perasaan malas yang menggunung setinggi gunung Everest yang tingginya saya tak berapa pasti. ( Korang tekan kat Everest tuh dan korang carilah sendiri. Saya malas nak baca satu - satu ). Tapi, sian pulak blog ni dah lama tak ber'update' kan. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya ni nak tengok youtube.
Mesti korang terfikir nape saya update blog ni pagi2, bukan petang2 @ malam2 macam orang lain. Sebabnya saya sekolah sesi petang. Lepas balik sekolah tu ada lah masa sikit, tapi rasanya tak sempat kalau saya nak update blog ni sebab adik saya akan guna komputer sebaik saja dia balik sekolah petang. Waktu malam pulak saya takde masa nak update blog ni. Saya nak layan tengok tv. Hehehe :D
Ok, sekarang saya dah lari jauh dari tajuk..
Siapa yang suka sekolah, ckp saya suka sekolah.. Sape yg suka cuti, ckp saya suka cuti...
Tapi, cakap tu dlm hati je tau... Nanti, keluarga korang dengar diorang ingat korang gila pulak kan. Cakap sorang2 kat depan computer.
Kalau ada yang berlaku camtu, jangan salahkan saya ye.. Saya dah bagi warning. Dan saya tak akan sesekali bertanggungjawab kalau korang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan mental bagi menentukan korang masih waras atau tak
notamatematik : Btw, korang tahu kan yang EURO 2012 dah mula sejak hari Jumaat pukul 12 malam tu... Korang sokong pasukan mana?
notamatematik2 : Kalau korang guna Google Chrome, cuba translatekan entri ni jadi Bahasa Inggeris...  Lawak gilerrr dia punya ayat... Cuba lah translatekan then baca entri yang dah ditranslate...  : )

1 comment: